Majlis Daerah Marang telah mewujudkan beberapa kawasan rekreasi yang berpotensi dan menarik untuk tujuan riadah, bersukan dan berekreasi dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dan tersusun taman awam, laluan siar kaki, alatan permainan, tandas awam, tempat letak kereta, surau, pencahayaan, dan lain-lain. Dengan adanya kawasan-kawasan rekreasi sebegini, masyarakat dapat melahirkan generasi yang sihat, bijak dan mencintai alam sekitar disamping menjaganya. Antara lokasi tempat rekrasi di kawasan daerah Marang adalah :
Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu
1.5km dari Bandar Marang
Taman Awam Bandar Marang
700m dari Bandar Marang
Melawati Linear Park
700m dari Bandar Marang
Bersebelahan dengan Sek. Men. Agama Marang
Taman Awam Pantai Peranginan Kelulut
5km dari Bandar Marang
Tepi pantai Kelulut
Taman awam Pulau Kerengga
8km dari Bandar marang
Taman Mini Rekreasi Bukit Payung
10km dari Bandar Kuala Terengganu
15km dari Bandar Marang