Cukai Taksiran

Image

Apa itu Cukai Taksiran Am

Cukai Taksiran Am ialah cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta di dalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Mengapa Cukai Taksiran perlu dikenakan ?

Cukai Taksiran Am dikenakan adalah bertujuan untuk membiayai :

  • Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok dan perhentian stesen bas, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar awam, jalan, parit dan sebagainya.

  • Menyediakan perkhidmatan pembersihan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan seperti di kawasan perumahan, perniagaan, kilang, taman rekreasi dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, pemotongan rumput, landskap, pengindahan bandar dan lain-lain.

  • Menyedia dan menyelenggara medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimana Cukai Taksiran diambilkira?

Cukai Taksiran Am dikenakan adalah berdasarkan kepada nilai tahunan dan peratus kadar tahunan.

Nilai tahunan semasa diambilkira berdasarkan aras nilai sewa semasa sebagai asas pengiraan proses penyediaan senarai nilaian yang dikuatkuasakan.

Kadar tahunan semasa yang diwartakan dan dikenakan mengikut kategori jenis harta, keluasan binaan dan lokasi harta.

Contoh Pengiraan

Jika sesuatu pegangan harta mempunyai :

Nilai Sewa bulanan : RM 400.00

Nilai Tahunan : RM 400.00 X 12= RM 4,800.00

Kadar Tahunan : 4%

Maka,

Cukai Taksiran Am bagi pegangan tersebut adalah seperti berikut :

RM 4,800.00 x 4% = RM 192.00 setahun

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001231288
  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 April 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY