Pelan bangunan rumah kediaman sesebuah 21 hari bekerja
Pelan bangunan rumah kediaman 2 unit dan ke atas 2 bulan
Lesen premis perniagaan/komposit (40 hari bekerja)
Lesen iklan (3 hari bekerja)
Lesen penjaja (5 hari bekerja)
Permit kain rentang / banting (30 minit)
Permit hiburan/karnival jualan (5 hari bekerja)
Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :
Rumah Kediaman
Harta Perniagaan dan Perusahaan (Kedai,Kilang,Hotel dsb) yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Marang (MDM)
Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu dibayar 2 kali setahun iaitu :
½ tahun pertama – 1hb.Januari hingga 28hb.Februari
½ tahun kedua – 1hb.Julai hingga 31hb.Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Mengikut akta 171, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :
Bagi tunggakan kurang dari RM200.00 denda dikenakan sebanyak RM2.00. Bagi tunggakan lebih dari RM 200.00 denda dikenakan sebanyak 1%.
Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis.
Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MDM merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan, atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10% juga akan dikenakan.