
Peranan Bahagian Perancang Bandar dan Desa
Merancang / Mengawal / Menyelaras pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang (MDM);
Memantau perlaksanaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.;
Berperanan sebagai pihak berkuasa perancang tempatan sebagaimana keperluan undang-undang di bawah seksyen 5(1) Akta 172 (Akta Perancangan Bandar & Desa 1976);
Menyediakan khidmat nasihat dan pengesyoran mengenai perancangan pemajuan dan kawalan pembangunan;
Memproses Permohonan Kebenaran Merancang untuk mendapatkan pertimbangan/kelulusan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Marang.