
Perkhidmatan Pembersihan awam dan Kutipan Sisa Pepejal kawasan Majlis Daerah Marang (MDM) telah dilaksanakan secara kontrak. Bagi kerja-kerja pembersihan awam, MDM telah melantik sebanyak 12 kontraktor meliputi 12 zon manakala bagi pengurusan sisa pepejal mdm telah melantik 2 kontraktor bagi 2 zon
Kontrak Pembersihan Awam
Meliputi skop kerja sebagaimana berikut :
Pembersihan Longkang
Pemotongan Rumput Jalan/Kawasan Lapang
Penyapuan Bahu Jalan/Kawasan Lapang
Pembersihan Tanah Perkuburan
Pembersihan Pasar
Kontrak Kutipan Sisa Pepejal
Meliputi pemungutan sampah sarap daripada tong – tong sampah awam dan melupus sampah di tapak pelupusan sampah milik Majlis Daerah Marang.