Iklan Lelongan Haiwan Ternakan Yang Tidak Dituntut

Majlis Daerah Marang (MDM) akan mengadakan satu sesi lelongan awam bagi melupuskan haiwan ternakan yang telah disita dan tidak dituntut mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, selaras dengan Perkara 6(3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Marang).

Maklumat lanjut berkaitan lelongan adalah seperti berikut:

  • Tarikh Lelongan: 14 Julai 2025 (Isnin)

  • Masa: 10.00 pagi

  • Tempat: Bengkel Kejuruteraan, Majlis Daerah Marang

Haiwan yang akan dilelong:

  • Jenis: Lembu

  • Jantina: Betina

  • Berat: 120 kg

  • Harga Rezab Disyorkan: RM 660.00

  • Tarikh Tangkapan: 18 Jun 2025

Orang awam yang berminat untuk menyertai lelongan ini dijemput hadir pada tarikh yang ditetapkan. Haiwan akan dilelong kepada penawar tertinggi, dan pembayaran penuh hendaklah diselesaikan sebelum haiwan diserahkan kepada pembida yang berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Marang di talian 09-6182366/68.

Majlis Daerah Marang mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam sesi lelongan ini dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan telus.

“Terengganu Maju, Berkat Sejahtera”
“Malaysia Madani”
“Berkhidmat Untuk Negara”

Yang menjalankan amanah,
(Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Marang

518274937 759970090047606 6005316600032092520 n

qrcode

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Rabu: 8.00am - 5:00pm

Khamis: 8.00am-3.00am

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368
Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001273351
  • Kemaskini Terkini : Khamis 17 Julai 2025.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY