MAJLIS PELANCARAN 'TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY'

9/10/2024 (Rabu) - Tahniah diucapkan kepada PLANMalaysia Terengganu telah menyiapkan dokumen Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu 2040 (Smart Terengganu 2040) dan tiga (3) lagi dokumen bandar pintar PBT Negeri Terengganu iaitu Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Bandaraya Warisan Pesisir Pantai 2030, Pelan Tindakan Bandar Pintar Dungun 2030 dan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Marang 2030.
Bermula pada 9 Oktober 2024, Pelaksanaan Bandar Pintar Negeri Terengganu telah diaktifkan melalui majlis pelancaran 'Terengganu Smart City Activation Day' di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Pada majlis ini Yang Dipertua MDM, Yang Berusaha Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif telah menyerahkan buku pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Marang 2030 kepada Yang Berhormat Dato’.
Terima kasih juga kepada Unit Satelit Smart City Zon Timur (USSCZT) yang telah memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri Terengganu dan ketiga-tiga PBT tersebut menyelaras, menyediakan serta menyiapkan dokumen bandar pintar tersebut serta membolehkan menyertai permohonan penarafan bandar pintar tahap 'Early Adopter'.
Program ini juga dihadiri oleh peserta daripada PBT seluruh Semenanjung Malaysia, Jabatan/ agensi teknikal, serta pemain - pemain industri bandar pintar yang telah dijemput khas untuk memberi taklimat dan perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan bandar pintar di Malaysia.

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8.00am - 5:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001246006
  • Kemaskini Terkini : Khamis 17 Oktober 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY