Pada 31 Julai 2025, Hari Sukan Majlis Daerah Marang (MDM) 2025 bagi sesi kedua telah berlangsung dengan meriah di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya. Penganjuran ini merupakan kesinambungan daripada sesi pertama yang telah diadakan sebelum ini, dengan objektif untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturrahim, dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga MDM.
Antara acara yang dipertandingkan pada sesi kali ini ialah ping pong, bola jaring, dam haji dan dart, melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai bahagian dan unit di Majlis. Pertandingan dijalankan dalam suasana yang penuh semangat, diiringi sorakan penyokong yang membangkitkan lagi kemeriahan acara.
Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MDM, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, diiringi oleh Tuan Setiausaha Majlis, Encik Mohd Yusof bin Salleh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan yang memberangsangkan serta kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama pasukan masing-masing.
Pihak Majlis berharap penganjuran sukan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium untuk memperkukuh perpaduan, meningkatkan motivasi, dan mengeratkan hubungan sesama warga kerja MDM.
