Unit Integriti Majlis Daerah Marang telah mengadakan Pelaksanaan Ujian Saringan Air Kencing (Urine Test) secara mengejut kepada pegawai dan kakitangan MDM dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang bagi memastikan tiada kakitangan MDM terlibat dengan penyalahgunaan sebarang jenis dadah yang boleh menyebabkan kesan yang amat buruk kepada Majlis dan Kakitangan keseluruhannya.