LAWATAN KE PULAU KEKABU, MARANG BAGI MENINJAU KESAN KEROSAKAN AKIBAT BENCANA RIBUT

19 JULAI 2024 (JUMAAT) : Yang Dipertua MDM, Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif telah mengiringi Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar serta isteri YABhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abdul Rahman sempena lawatan ke Pulau Kekabu, Marang bagi meninjau kesan kerosakan akibat bencana ribut yang telah melanda beberapa kawasan di sekitar Marang. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah beberapa batang pokok telah tumbang serta terdapat beberapa unit kanopi peniaga telah rosak akibat dipukul ribut.
 
Pada hari yang sama juga YAB Menteri Besar turut mengambil kesempatan menziarah mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan rumah kediaman akibat bencana ini di sekitar Kampung Seberang Marang.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Terengganu yang juga merupakan ADUN Rhu Rendang atas keprihatinan melawat kawasan-kawasan serta mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana ribut kuat pada kali ini.
 
Turut hadir ke lawatan ini adalah Pegawai Daerah Marang, YBrs. Encik Zulkifly bin Isa, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ts. Mohd Razman bin Setapa, wakil-wakil daripada Pejabat DUN serta wakil-wakil jabatan di Marang.
 
 pic15

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Thursday : 8.00am - 5:00pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001241509
  • Latest Update : Thursday 29 August 2024.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 Marang District Council.