Majlis Daerah Marang Raih Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026

Majlis Daerah Marang Raih Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026
 
bahagia 1
 
Tahniah buat seluruh warga Marang!
7/4/2026 (Selasa) – Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya Majlis Daerah Marang (MDM) telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang bertemakan Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama yang berlangsung di Dewan Kristal, KPKT.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Menteri KPKT, Tuan Nga Kor Ming dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua penerima. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood dan Tuan Setiausaha, YBrs. Encik Ahmad Nidzam bin Abd Karim telah mewakili MDM naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas pengiktirafan yang telah diberikan kepada Majlis Daerah Marang (MDM) melalui penganugerahan Anugerah Bandar Bahagia 2026.
Pengiktirafan ini bukan sekadar satu anugerah, malah ia adalah bukti komitmen berterusan pihak kerajaan melalui KPKT dan PLANMalaysia dalam menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memacu pembangunan perbandaran yang inklusif, mampan, dan mensejahterakan rakyat.
Kami amat menghargai sokongan, bimbingan, dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak PLANMalaysia di bawah pimpinan Ketua Pengarah, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli sepanjang proses penilaian dijalankan. Kejayaan ini pastinya menjadi suntikan semangat buat kami di peringkat daerah.
Semoga kerjasama erat antara pihak kami dan PLANMalaysia akan terus terjalin kukuh demi memastikan agenda pembangunan bandar yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Sekali lagi, terima kasih YBhg. Dato’ dan seluruh warga kerja PLANMalaysia.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh perkhidmatan, meningkatkan kesejahteraan komuniti serta mengekalkan kualiti hidup yang cemerlang demi manfaat seluruh warga.

Majlis Perjumpaan & Amanat Tahun Baru oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bersama penjawat awam Daerah Marang.

1/3/2025 (Ahad) - Majlis Perjumpaan & Amanat Tahun Baru oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bersama penjawat awam Daerah Marang.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Encik Zulkifly bin Isa Pegawai Daerah Marang diiringi YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood Yang Dipertua Majlis Daerah Marang serta daripada pegawai-pegawai tertinggi Bahagian Kerajaan Negeri Terengganu. Majlis dimulakan dengan Gimik Persembahan Produk KIK Majlis Daerah Marang (V-Clean). Seterusnya, YB Dato’ Haji Mohd Azmi menyampaikan ucapan amanat serta menyempurnakan penyampaian penghargaan kepada 10 orang penjawat awam terawal yang membuat bayaran Cukai Tanah bagi Tahun 2026.
Seterusnya, beliau meneruskan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Marang dengan menandatangani buku pelawat dan perjumpaan bersama Pegawai Tadbir Negeri Daerah Marang di Bilik Pegawai Daerah serta mendengar Taklimat Pembangunan Daerah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Marang.
Delegasi SUK kemudiannya bertolak ke Tapak Projek Jambatan Marang bagi mendengar sesi taklimat berkaitan kemajuan projek tersebut dan meninjau tapak projek berkenaan.
Selain itu, Majlis Berbuka Puasa, menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan saudara baharu serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di Masjid Sultanah Nur Zahirah. Lawatan kerja ini diakhiri dengan moreh di Pantai Pulau Kekabu.
pasar

PROGRAM WALKABOUT PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN DAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU, YB DATO WAN SUKAIRI BIN WAN ABDULLAH KE BAZAR RAMADAN BINJAI RENDAH.

23/2/2026 (Isnin) - Program Walkabout Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, YB Dato Wan Sukairi bin Wan Abdullah ke Bazar Ramadan Binjai Rendah. YB Dato Wan Sukairi bin Wan Abdullah diiringi oleh YB Sulaiman bin Sulong, ADUN Pengkalan Berangan, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, Yang Dipertua MDM, YBrs. Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, SUB Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis MDM & Ketua-ketua Jabatan MDM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke gerai-gerai jualan bazar Ramadan oleh YB Exco serta pembahagian apron & topi daripada MDM & Bomba kepada peniaga-peniaga di bazar tersebut. Selain itu, satu demonstrasi memadam api sekiranya berlaku kebakaran oleh anggota Bomba juga turut diadakan.

MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON MALAYSIA 2025

12/2/2026 (Khamis) – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah menganjurkan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon Malaysia 2025 untuk mengiktiraf usaha dan komitmen berterusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan organisasi dalam memajukan pembangunan bandar yang mampan dan rendah karbon. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Tahniah Majlis Daerah Marang (MDM) telah mendapat pengiktirafan diperingkat kebangsaan dan menerima Anugerah Diamond sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon Malaysia 2025 dibawah Program Low Carbon City (LCC 2030 Challenge) yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bertempat di Ballroom Hilton Hotel, Kuala Lumpur. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Khairil Anuar Bin Sheikh Mahmood telah hadir bagi menerima anugerah tersebut.
RENDAH 1
 
 

Pemakluan: Pendakwaan Kesalahan Tempat Letak Kereta

Majlis Daerah Marang (MDM) ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan tempat letak kereta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.00, mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, individu yang terlibat juga hendaklah menjelaskan apa-apa bayaran tempat letak kereta yang tertunggak kepada pihak MDM.

Sehubungan dengan itu, pemilik berdaftar kenderaan yang masih belum menjelaskan kompaun dinasihatkan supaya menyelesaikan bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang tindakan lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 09-6182366 (Majlis Daerah Marang)
🌐 www.mdmarang.gov.my
📱 @majlisdaerahmarangrasmi di media sosial rasmi

#IndahnyaMarang
#marangbandarmampan
#bandarbahagiaberdayahuni
#bandarrendahkarbon

517958244 762447326466549 5855770688711675931 n

Subcategories

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001310578
  • Latest Update : Wednesday 08 April 2026.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 Marang District Council.