Tempat penginapan 1

Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6 km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai.

Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat.

Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang snokel yang arif.

Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.

Image
Tips

Pulau Kapas sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur (November - Mac).

Pengangkutan Jalan Darat (Bas)

Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa selama 30 minit.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Pulau ini mempunyai resort yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Peta Lokasi

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Thursday : 8.00am - 5:00pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001249421
  • Latest Update : Thursday 14 November 2024.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 Marang District Council.