Jabatan

Khidmat Pengurusan

BAHAGIAN PENGUATKUASA

  • Bahagian Penguatkuasa mempunyai keanggotaan seramai 21 orang.
  • Anggota Penguatkuasa 12 orang
  • Pembantu Tadbir Perkeranian (KOSONG) (Tiada Pengganti)
  • Pekerja Rendah Awam 6 orang (menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan)
  • 4 orang membantu kerja-kerja penguatkuasa
  • 2 orang membantu kerja-kerja pejabat

PEMANDU

  1. Razali bin Ibrahim
  2. Mohd Fadhil bin Aziz

Bagi menyesuaikan objektif dengan fungsi Majlis Daerah Marang secara keseluruhan, maka Bahagian Penguatkuasa juga mengadakan beberapa fungsi untuk dilaksanakan.

FUNGSI

  • Menguatkuasakan Undang-undang terhadap semua kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Majlis Daerah Marang.
  • Mempastikan penguatkuasa mahir dalam Undang-undang yang berkaitan dengan tugas mereka.
  • Mengawal dan mempastikan segala harta Majlis di dalam keadaan baik dan selamat.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat Marang supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualiti hidup dan alam sekitar.
  • Menjadikan Bandar Marang sebuah bandar yang bersih, indah dan tersusun melalui Penguatkuasaan Undang-undang.

OBJEKTIF

  • Memastikan semua tindakan yang sedang dan akan diambil oleh Majlis Daerah Marang tidak bertentangan dengan undang-undang;
  • Menyemak dan/atau menyediakan dokumen perjanjian dan memberi nasihat mengenainya serta melindungi kepentingan Majlis Daerah Marang;
  • Menyediakan undang-undang dan peraturan yang secukupnya untuk kegunaan Majlis Daerah Marang;
  • Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis Daerah Marang dari masa ke semasa;
  • Memberi nasihat dan penerangan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Marang mengenai perkara yang ada hubungkait dengan undang-undang yang diterimapakai;
  • Mengurangkan tawaran kompaun;dan
  • Memfailkan kes-kes saman ke mahkamah.

FUNGSI

  • Menyemak dan/atau menyediakan dokumen perjanjian dan memberi nasihat mengenainya.
  • Menyediakan Undang-undang dan peraturan yang secukupnya untuk kegunaan MDM.
  • Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang diterima pakai oleh MDM dari masa ke semasa.
  • Memberi nasihat dan penerangan kepada pegawai dan kakitangan MDM mengenai perkara yang ada hubungkait dengan undang-undang yang diterima pakai.

FUNGSI

  • Merancang halatuju ICT MDM
  • Merangka dan menjayakan program-program ICT
  • Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan perkakasan ICT
  • Merangka serta membangunkan sistem ICT mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa
  • Menguruskan pusat penyimpanan data digital ke server

FUNGSI

  • Mengurus, menyedia serta mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan, data, personel, persaraan, cuti dan sebagainya yang berkaitan dengan perjawatan;
  • Mengurus dan menyediakan penggunaan kad perakam waktu dan i-pejabat
  • Mengurus urusan pencen kakitangan Majlis Daerah Marang.
  • Mengurus dan menyelia pengurusan tatatetib.

Perbendaharaan

FUNGSI

Bahagian perbendaharaan akan menyelia dan mengawal keseluruhan kewangan MDM, fungsi utama bahagian adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab menyedia anggaran belanjawan tahunan.
  • Bertanggungjawab menerima dan memproses merekod kutipan hasil.
  • Bertanggungjawab menyedia pesanan tempatan/inden kerja bagi permohonan perbelanjaan yang telah diluluskan.
  • Bertanggungjawab membuat bayaran bagi semua perbelanjaan Majlis.
  • Bertanggungjawab mengendali rekod-rekod harta modal dan inventori Majlis.
  • Bertanggungjawab menjadi urus setia perolehan sebutharga dan tender Majlis.
  • Bertanggungjawab menyedia penyata/laporan kewangan Majlis setiap tahun.
  • Bertanggungjawab menyedia maklumat kewangan/akaun untuk teguran audit.
  • Bertanggungjawab membuat pelaburan ke atas lebihan hasil Majlis.

Penilaian Dan Pengurusan Harta

FUNGSI

  • Mengurus harta-harta Majlis bagi sewaan bangunan, gerai dan pasar
  • Membuat pemantauan tunggakan sewaan
  • Merekod tanah - tanah milik Majlis sebagai aset tetap Majlis

FUNGSI

  • Menyediakan Senarai bangunan(rumah) bagi semua harta yang terletak di kawasan Majlis bagi tujuan Cukai Taksiran Am.
  • Menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan-Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan Majlis bagi maksud Caruman Membantu Kadar.
  • Menyediakan Kadar Peratus Cukai Taksiran setiap tahun bagi semua kawasan kadaran dan memanjangkan ke Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan.
  • Menyedia, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar atau tidak layak didiami untuk dibatalkan dari Senarai Nilaian dan didalam kes rumah kosong untuk diberi rebat cukai taksiran atau remisi.
  • Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi tuntutan cukai taksiran dan tunggakan Cukai Taksiran(CTA).
  • Bertanggungjawab mendaftar maklumat terkini pegangan bercukai melalui Semakan di Pelbagai Agensi yang berkaitan dan mengemaskini di dalam sistem berkomputer.
  • Mengemaskini rekod-rekod aras nilaian semasa atau ’tone of the list’ melalui Penilaian Semula yang dilakukan setiap lima (5) tahun jika mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

Kejuruteraan

FUNGSI

Mekanikal

  • Menyelenggara kenderaan milik Majlis Daerah Marang secara berkala
  • Menyediakan laporan kerosakan dan menyenaraikan keperluan alat ganti kenderaan
  • Mencatat dan mengemaskini penggunaan minyak kenderaan

Elektrikal

  • Menerima dan menyiasat permohonan lampu awam di Daerah Marang.
  • Menyiasat aduan awam berkaitan lampu awam dan bangunan milik Majlis Daerah Marang

FUNGSI

  • Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan
    • Pelan Bangunan Satu ( 1 ) Unit
    • Pelan Bangunan Dua ( 2 ) Unit
    • Pelan Bangunan Sementara
    • Pindaan dan Pengubahsuaian
  • Kelulusan Pelan-Pelan bangunan bagi permit sementara
  • Proses pemgembalian wang amanah
  • Penguatkuasaan ke atas bangunan tanpa kelulusan
  • Pemantauan ke atas bangunan yang diluluskan
  • Menyiasat segala aduan berkaitan

FUNGSI

  • Merancang Projek-Projek Pembangunan Baru Dalam Kawasan MDM
    • Bangunan
    • Jalan
    • Longkang
    • Projek keindahan dan pelancongan
  • Merancang Projek-Projek Penyelenggaraan Dalam Kawasan MDM
    • Bangunan
    • Jalan
    • Longkang
  • Memohon Peruntukan Pembangunan Dengan Persekutuan Dan Negeri
  • Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Dalam Kawasan MDM.
    • Kerja-kerja penyiasatan dan ukur
    • Penyediaan pelan-pelan projek pembangunan
    • Penyediaan dokumen Tender dan Sebutharga
    • Proses mengeluarkan dokumen Tender dan Sebuharga
    • Proses keputusan Tender dan Sebutharga
  • Mengeluarkan arahan dan perlaksanaan kerja
  • Pengawasan dan penyeliaan projek
  • Pemprosesan bayaan.

Perkhidmatan Perbandaran

FUNGSI

  • Menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam
  • Menguruskan tapak pelupusan sisa pepejal
  • Menangani aduan gangguan awam mengenai sisa pepejal dan pembersihan awam.
  • Menguatkuasakan undang-undang mengenai pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam
  • Menguruskan Kempen Kebersihan

FUNGSI

  • Menjalankan aktiviti pembasmian jentik – jentik dan nyamuk dewasa
  • Menjalankan kempen pencegahan Denggi
  • Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan bagi kawalan vector

FUNGSI

  • Menguatkuasakan undang-undang mengenai pelesenan premis dan iklan.
  • Memproses permohonan lesen baharu, pembaharuan lesen dan permit hiburan
  • Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
  • Menangani aduan gangguan dari premis berlesen.
  • Menyediakan sistem rekod lesen

Unit Pusat Sehenti

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Talian Aduan : +6013-302 2366 (Whatsapp sahaja)

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001229469
  • Kemaskini Terkini : Selasa 12 Mac 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.