Pasar Marang

pasarmarang

Pasar Marang adalah sebuah pasar tempatan yang meriah di Terengganu, terkenal dengan hasil laut segar, makanan tradisional Melayu, dan kraf tangan tempatan. Pasar ini menawarkan pengalaman budaya yang autentik, di mana pengunjung dapat merasai gaya hidup dan keramahan masyarakat setempat. Terletak berhampiran pantai dan destinasi pelancongan lain, Pasar Marang merupakan persinggahan yang berbaloi bagi mereka yang ingin menikmati suasana dan keunikan Terengganu. 

Pulau Kapas

tour kapas01

Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6 km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat.

Pantai Kelulut

tour kapas01

Pantai kelulut terletak diantara marang dan rantau abang. Pantai yang berpasir dan sesuai untuk pengunjung mandi. Pengunjung yang datang ke pantai ini mesti tertarik dengan keindahan dan ketenangan pantai ini. Pantai ini juga mempunyai keindahan semulajadi seperti pemandangannya yang cantik,pokok kelapa dan dapat menghirup udara yang segar.

Benteng Marang

tour kapas01

Benteng yang dibina dengan konkrit dengan himpunan batu-batu besar ini mempunyai dua lingkaran benteng yang berbentuk melengkung. Lengkungan benteng pertama bermula dari kawasan Pulau Kekabu dan satu lagi dari Kampung Seberang Marang. Anda boleh berjalan di atas benteng ini samaada berjalan kaki, menaiki basikal atau menaiki motosikal.

Kampung Jenang

tour kapas01

Kampung Jenang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Marang atau pun 30 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu merupakan salah sebuah perkampungan tradisi di mukim Jerong.

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8.00am - 5:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001251946
  • Kemaskini Terkini : Khamis 19 Disember 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY