Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan program di bawah kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program ini bertujuan membantu beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di Bandar.
Visi
- Membasmi Kemiskinan Bandar.
Misi
- Membantu meringankan bebanan tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di bandar.
Objektif
- Membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan menjelang 2010 melalui perlaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Golongan Sasar
- Golongan sasar PPKB adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar yang telah ditetapkan oleh KPKT iaitu:-
MISKIN |
MISKIN TEGAR |
||
Pendapatan Isi Rumah |
Per Kapita (Isi Rumah/Orang) |
Pendapatan Isi Rumah |
Per Kapita(Isi Rumah/Orang) |
RM740.00 |
RM185.00 |
RM420.00 |
RM100.00 |
- Hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.