Matlamat portal e-JKP ini dibangunkan ialah bagi mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara penduduk dan majlis melalui teknologi. Ruangan forum yang disediakan dalam portal ini sangat berguna kepada kedua-dua pihak dalam menyuarakan sebarang pendapat/komentar yang berbentuk perbincangan bagi sesuatu isu yang sesuai untuk diperbincangkan. Ahli jawatankuasa juga boleh saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam ruangan forum yang disediakan.
Diharapkan portal e-JKP ini mampu dijadikan sebagai medium berteknologi yang dapat merapatkan hubungan antara majlis dan penduduk dan dimanfaatkan sebaiknya oleh jawatankuasa penduduk khasnya dan masyarakat amnya dalam menyalurkan cadangan dan pendapat mereka berkaitan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh MDM seterusnya mendedahkan masyarakat kepada kepentingan teknologi masa kini.
FUNGSI
- Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bermuafakat dan harmoni dalam kawasan kampung dan taman - taman perumahan.
- Membantu MDM dalam melahir dan menggembelingkan idea melalui semangat Local Agenda 21 (LA 21) serta perkongsian bijak bagi menghasilkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian yang berkesan.
- Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program - program Local Agenda 21, Gerak Tumpu dan program - program lain anjuran MDM.
- Sebagai satu saluran informasi bagi menyampaikan keperluan - keperluan dan kebajikan penduduk.
OBJEKTIF