MENU

Kesemua sektor ini merangkumi 55 petunjuk bandar.

Konsep Pelaksanaan MurniNet

MURNInet adalah inovasi dalam usaha mengukur kemampuan atau prestasi sesuatu bandar. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi di kalangan pelbagai ‘stakeholder' iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pejabat Cawangan / zon, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu dan juga Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah Marang.

Matlamat Pelaksanaan MURNInet

Menggunakan Petunjuk-Petunjuk Bandar Malaysia bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian kualiti bandar ke arah pembangunan bandar mampan.

Objektif Pelaksanaan MURNInet

  • Menentukan tahap kemampanan setiap bandar berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia.
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mengikut petunjuk Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai tahap pembangunan mampan.
  • Alat pengukur bagi pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal, pembantukan objektif politik, penglibatan awam dan pemantauan awam serta pemantauan perlaksanaan pelan tindakan.

Kepentingan Pelaksanaan MURNInet

  • Pihak Berkuasa Tempatan akan mempunyai maklumat data asas petunjuk bandar Malaysia .
  • Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenalpasti bentuk dan dapat mengukur tahap masalah dan tahap kualiti bandar serta sektor-sektor yang kurang mampan dan mencadangkan bentuk yang seimbang bagi 11 sektor perancangan yang dikaji.
  • Maklumat asas yang diperolehi dapat di simpan secara bersistematik dalam ‘Pengkalan Data' dan boleh diguna serta diperbaiki dar masa ke semasa dengan mudah.
  • Laporan Bandar (City Report) dapat dihasilkan bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan ini mengemukakan penemuan semasa dan tahap kemampanan mengikut sector serta mengemukakan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan kemampanan bandar secara keseluruhan.

Pelaksanaan MURNInet dapat membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam :-

  • Menilai kemampanan bandar-bandar di Negeri Terengganu. Mengenalpasti sektor-sektor yang kurang mampan dan perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Memberi cadangan-cadangan awal terhadap sektor yang ‘kurang mampan'.

Halaman: 1 2