Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Marang (MDM) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E –Waste) dari isi rumah Daerah Marang. Kempen ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat di Negeri Terengganu, Khususnya yang berada di Daerah Marang menguruskan buangan E-Waste mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Kempen ini akan diadakan pada 26 Mac 2022 ( Sabtu), bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Hentian Bas Bandar Marang, Marang.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrik dan elektronik untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan.
Contoh bahan buangan elektrik dan elektronik adalah;
1. Televisyen;
2. Komputer peribadi;
3. Mesin basuh;
4. Pendingin hawa;
5. Peti ais;
6. Telefon bimbit; dan
7. Lain-lain barangan elektrik dan elektronik dari isi rumah.
JOM kita hadir beramai-ramai menyokong usaha-usaha Majlis Daerah Marang dalam memastikan bahan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat.
Sekian, Terima kasih.