MENU

22 jun 2013, Bertempat Dewan Utama Majlis Daerah Marang, suasana yang penuh gilang gemilang itu telah di hadiri oleh hampir 400 orang tetamu yang terdiri daripada 8 kontijen yang bertanding dan tetamu kehormat.

Turut hadir pada malam tersebut adalah YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said, Menteri Besar Trg, YB Dato Hj Mazlan Bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu , YB Abdul. Latif Bin Awang, Pengerusi JK Tranformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi dan Pengurusan Maklumat, merangkap ADUN Pengkalan Beranggan, Marang.

Majlis tersebut juga telah di serikan lagi dengan persembahan tarian pembukaan daripada pasukan tarian SUTRA dan nyanyian daripada Johan pertandingan karaoke peringkat PBT.

Majlis tersebut berakhir dengan pengumuman juara keseluruhan Sukan Kerajaan Tempatan 2013, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Naib Johan tuan rumah Majis Daerah Marang dan ketiga Majlis Perbandaran Kemaman.

img