MENU

01 Disember 2015, Kumpulan Vtech10, Pejabat Majlis Daerah Marang telah  menerima Anugerah Emas untuk kali 3 daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Peringkat Kebangsaan 2015. Ini merupakan Emas ke 3 Pasukan Vtech untuk tahun 2015 selepas Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Wilayah Timur 2015 pada Mac 2015 dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Wilayah Timur 2015 Ogos lalu. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 02 sehingga 05 November 2015 yang lalu bertempat di Sunway Pyramid Hotel, Selangor. Hampir 270 Pasukan yang menyertai pertandingan yang terdiri daripada pasukan terbaik dari setiap Zon antaranya  Majlis Bandaraya Shah Alam, Petronas dan syarikat swasta.

KIK National