12 Mac 2023: Satu lagi sejarah tercipta apabila Kumpulan inovasi VCLEAN Majlis Daerah Marang mengharumkan nama Jabatan dan Kerajaan Negeri Terengganu apabila dinobatkan Tempat Kedua bagi Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2023. Pada pertandingan ini, Kumpulan VCLEAN mempertaruhkan Inovasi Adjustable Loader yang berfungsi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang dengan rekabentuk loader yang boleh dilaras dengan menggunakan sistem hidraulik.
Pada pertandingan Inovasi MALA 2.0 tahun 2023 ini melibatkan penyertaan sebanyak 69 inovasi daripada 43 PBT bertaraf Dewan Bandaraya, Perbandaran dan Daerah di Malaysia. Ini merupakan kejayaan manis kali kedua buat VCLEAN kerana pada pertandingan Inovasi MALA 1.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2021, VCLEAN telah memenangi Tempat Ketiga dengan inovasi SMART Bucket Backhoe(SBB).
Majlis penyampaian Piala Inovasi MALA, Piala YB Menteri KPKT telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan pada 12 Mac 2023 bersempena Konvensyen PBT di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak. Yang Dipertua MDM, Tuan Haji Zuwislan Awang telah menerima Piala tersebut daripada YB Menteri KPKT.
Tahniah Kumpulan Inovasi VCLEAN atas kemenangan Tempat Kedua yang membawa pulang hadiah berupa Geran KPKT bernilai RM600,00.00, Piala Iringan dan Wang Tunai RM2,000.00.