MENU

Kumpulan Vtech10, Pejabat Majlis Daerah Marang telah lagi sekali menerima Anugerah Emas daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Wilayah Timur 2015. Ini merupakan Emas ke 2 Pasukan Vtech untuk tahun 2015 selepas Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Wilayah Timur 2015, Mac lalu. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 05 sehingga 06 September 2015 yang lalu bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan Pahang. 50 Pasukan yang menyertai pertandingan yang terdiri daripada pasukan terbaik dari setiap Zon antaranya Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kuantan dan syarikat swasta. Dengan kemenangan ini Kumpulan Vtech10 MDM akan mewakili Wilayah Timur ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MPC Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung pada bulan November 2015.

Anugerah Emas mpc wlilayah timur 2015

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail telah  menyampaikan Anugerah Emas tersebut.

 

[ Foto Galeri ]