MENU

Bagi memanfaatkan bulan yang mulia ini, Pihak pengurusan Majlis Daerah Marang telah mengadakan ceramah agama dan juga bacaan Al-Quran sepanjang bulan ramadhan.

Program yang diadakan pada setiap hari Khamis ini adalah bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pada minggu ini, seorang penceramah bebas telah diundang bagi menyampaikan ceramah agama iaitu al-fahdil Ustaz Mahuden bin Rameli. Ceramah yang telah disampaikan oleh beliau bertajuk "Hubungan Al-Quran dan Ramadhan".

Turun hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua Majlis Daerah Marang En Zulkifli b.Ali dan Setiausaha Majlis Daerah Marang En Mohd Fadli b. Ngah.

Ceramah Agama