MENU

Majlis Ucap Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 2016 telah diadakan pada 12 Januari 2016 (Selasa). Majlis bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Haji Osman bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Barisan Exco-Exco Kerjaaan Negeri Terengganu, Ketua-Ketua Jabatan dan Penjawat-Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengimbas pencapaian dibawah kepimpinan Menteri Besar dan penyampaian anugerah kepada 13 jabatan yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai sektor di Negeri Terengganu.

Pada Majlis tersebut Majlis Daerah Marang(MDM) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2016. Anugerah ini memberi penghargaan kepada MDM di dalam usaha mempertabatkan ICT dalam urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Di antara kejayaan Bahagian Teknologi Maklumat MDM  pada tahun 2014/2015 adalah:

  1. Portal Rasmi Majlis Daerah Marang bertaraf 5 Bintang (2010-2014) dan merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan  di Negeri Terengganu menerima Anugerah tersebut selama 5 tahun berturut-turut. Pernah berada disenarai 5 Portal terbaik Peringkat Kebangsaan daripada 1246 Portal yang di nilai oleh pihak MDEC.
  2. Centralise Stroge System yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Teknologi Maklumat MDM telah menerima 3 Pingat Emas daripada  MPC Peringkat Kebangsaan 2015.
  3. Kajian Bahagian Teknologi Maklumat MDM iaitu A Study of ICT Security Policy Implementation System (Case Study: Marang District Councel, Terengganu) telah menerima Anugerah “The Best Paper Award pada International Conference on Enterprise Information System and  Application di Yogyakarta Indonesia 2014.

TAHNIAH MDM!

 

Anugera ICT