BAHAGIAN PERANCANGAN
- Penasihat kepada pengurusan Majlis berhubung perkara-perkara yang melibatkan perancangan Bandar.
- Mengendalikan pembangunan sistem GIS.
- Memberi kelulusan Kebenaran Merancang.
- Memberi kelulusan kebenaran merancang berhubung permohonan.
- Memberi kelulusan permohonan penentuan alamat.
- Memberi kelulusan permohonan pelan landskap.
- Membuat ulasan tanah berhubung permohonan.
- Membuat ulasan perancangan berhubung perancangan berhubung permohonan.
BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN
Memproses permohonan, menyelaras mengawasi pembangunan tanah serta bangunan dan merancang pembangunan fizikal dan gunatanah bagi menentukan pembangunan yang sesuai dan teratur dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang berdasarkan kepada Rancangan Pemajuan(RTD/RSN) dan aspek-aspek perancangan yang wajar.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan ulasan berkaitan Kebenaran Merancang dalam masa 2 (dua) minggu (hari bekerja) dari tarikh maklumat permohonan lengkap diterima.
- Mensasarkan 23 proses permohonan Kebenaran Merancang dalam jangka masa 25 hari bekerja.
- Setiap permohonan tanah kerajaan yang diterima daripada Pejabat Tanah akan disiasat dan diselesaikan ulasan kelulusan perancangan dalam masa 2 (dua) minggu(hari bekerja).
Diskripsi/skop Tugasan UPP
- Memastikan pembangunan bandar yang teratur dan mematuhi peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) serta undang-undang yang berkaitan.
- Memproses permohonan kebenaran merancang untuk ulasan teknikal dalaman Majlis Daerah Marang (MDM) bagi Urusetia Pusat Setempat (OSC) – IMPAK RENDAH
- Memproses permohonan kebenaran merancang untuk ulasan teknikal dalaman Majlis Daerah Marang (MDM) bagi Urusetia Pusat Setempat (OSC) – IMPAK TINGGI
- Memproses permohonan tanah kerajaan, pengambilan balik tanah hakmilik untuk hakmilik MDM.
- Memproses permit pengalihan tanah merah/batuan dari Pejabat Tanah Marang (PTM)
- Memproses permit pengalihan tanah / perusahaan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.
- Memproses dan mengesahkan permohonan tempat letak kenderaan/lori untuk permit SPAD.
- Membantu penyediaan rancangan tempatan Daerah Marang (RTD MARANG)