MENU

1.0      OBJEKTIF  BAHAGIAN LANDSKAP

  • Membangunkan dan memperbaiki persekitaran kehidupan yang memenuhi keperluan sosial dan masyarakat selaras dengan pelaksanaan”Landscaping the Nation” dan Garis Panduan Landskap Negara.
  • Mengawal dan menyelia pembangunan landskap di bandar dan di luar bandar bagi mewujudkan suasana persekitaran yang hijau, menarik, selesa dan selamat.
  • Menggalakkan pembangunan landskap di kawasan yang berpotensi dalam aspek pelancongan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.
  • Memastikan perancangan dan perlaksanaan landskap yang teratur, terpelihara dan sempurna.
  • Memastikan kemudahan rekreasi berfungsi dengan baik dan sempurna kepada penduduk.
  • Memastikan penyelenggaran landskap dan rekreasi yang teratur, sempurna dan berterusan.

 

2.0    FUNGSI BAHAGIAN LANDSKAP

  • Menyelaras dan menguruskan pembangunan landskap Majlis Daerah Marang selaras dengan polisi, dasar dan garis panduan landskap.
  • Menyelaras dan menyusun atur dan mengemaskini operasi harian unit-unit di bawah pentadbiran jabatan.
  • Memastikan garis panduan landskap yang lengkap, terkini, dan teratur digunapakai dalam keseluruhan aspek pentadbiran jabatan Landskap, Majlis Daerah Marang.
  • Mengenalpasti kawasan bagi perancangan dan perlaksanaan elemen Landskap dan rekreasi.
  • Merekabentuk, menyelenggara dan memilihara kawasan landskap dan rekreasi Majlis Daerah Marang
  • Memberi perkhidmatan peminjam dan sewaan pokok bunga hiasan serta rekabentuk hiasan pentas.