1.0 OBJEKTIF BAHAGIAN LANDSKAP
- Membangunkan dan memperbaiki persekitaran kehidupan yang memenuhi keperluan sosial dan masyarakat selaras dengan pelaksanaan”Landscaping the Nation” dan Garis Panduan Landskap Negara.
- Mengawal dan menyelia pembangunan landskap di bandar dan di luar bandar bagi mewujudkan suasana persekitaran yang hijau, menarik, selesa dan selamat.
- Menggalakkan pembangunan landskap di kawasan yang berpotensi dalam aspek pelancongan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.
- Memastikan perancangan dan perlaksanaan landskap yang teratur, terpelihara dan sempurna.
- Memastikan kemudahan rekreasi berfungsi dengan baik dan sempurna kepada penduduk.
- Memastikan penyelenggaran landskap dan rekreasi yang teratur, sempurna dan berterusan.
2.0 FUNGSI BAHAGIAN LANDSKAP
- Menyelaras dan menguruskan pembangunan landskap Majlis Daerah Marang selaras dengan polisi, dasar dan garis panduan landskap.
- Menyelaras dan menyusun atur dan mengemaskini operasi harian unit-unit di bawah pentadbiran jabatan.
- Memastikan garis panduan landskap yang lengkap, terkini, dan teratur digunapakai dalam keseluruhan aspek pentadbiran jabatan Landskap, Majlis Daerah Marang.
- Mengenalpasti kawasan bagi perancangan dan perlaksanaan elemen Landskap dan rekreasi.
- Merekabentuk, menyelenggara dan memilihara kawasan landskap dan rekreasi Majlis Daerah Marang
- Memberi perkhidmatan peminjam dan sewaan pokok bunga hiasan serta rekabentuk hiasan pentas.